CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Repost : Seronoknya Bersin

Assalamualaikum.
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

Bersin juga merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W. menyaran kepada sesama muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapnya dengan ucapan 'Alhamdulillah'.


Antara adab ketika bersin ialah perlahankan suara, meletakkan tangan atau tisu atau sapu tangan di atas mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan dan juga jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar. Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat ditarjihkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.


Tahukah anda apabila bersin, degupan jangung anda akan terhenti sedetik dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "yahdikumullah wa yushlihabalakum". 


Perempuan semakin Ganas ?

Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ini entah kenapa terdapat banyak video perempuan bergaduh disebarkan diruangan facebook. Kalau dulu memang susah nak tengok video macam ini mungkin disebabkan kemajuan dunia teknologi menyebabkan semakin banyak video-video seperti ini dimuatnaik ke alam maya. Terbaru video mengenai perempuan bergaduh di kedai kasut.



Kalau gaduh yang hanya ada dialog sahaja mungkin boleh dipandang seperti ianya perkara biasa. Punca perempuan ini suka  bergaduh biasanya hanya kerana topik kecil dan boleh dikatakan sebab yang tidak masuk akal. Antara perkara biasa yang dapat kita dengar punca pergaduhan macam ini berlaku selalunya mesti sama saja.  Apa nak jadi dengan dunia sekarang?? Kepada yang berminat untuk tengok video berkaitan boleh klik  sini

Rekabentuk Basikal Yang Unik

Assalamualaikum.
Basikal merupakan salah satu daripada pengangkutan yang penting suatu masa dahulu. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Terdapat banyak rekabentuk basikal yang telah diperkenalkan, ianya berkembang seiringan dengan perkembangan zaman.Berjumlah melebihi 1,000,000,000  di seluruh dunia dan negara China mencatatkan pengguna basikal yang paling banyak. Entri kali ini berkongsi antara rekabentuk dan konsep basikal yang unik dan pelik.


 1-  Fordable bicyles (basikal boleh dilipat)




2- Grasshoper  Bike (Basikal Belalang)


3- A-Bike


Terdapat banyak lagi rekabentuk dan konsep, ini cuma sebahagian daripadanya. Antara 3 basikal  ini yang mana paling menarik?

sumber : klik sini

Jom Join Bloglist "Greencisplatin"


Assalamualaikum .
Entri khas ini adalah untuk join bloglist yang telah dibuka oleh blog yang Greencisplatin.  ReYnn ni merupakan salah seorang dari ahli  bCr. Kalau nak join cuma perlu buat satu entri dan letakkan banner comel seperti yang ada di bawah ni. 

comel kan. banner ni? 

 
Kepada yang berminat untuk join bloglist ini boleh klik >>> sini <<<

Sampah vs Laut


Assalamualaikum ..


" Indah dipermukaan tak bermakna indah didasar "

Segmen 3K : Kenali Komputer Ku

Assalamualaikum.
Segmen ini dianjurkan oleh www.areliff.com yang hanya akan berlanjutan selama 72 jam sejak entri mengenai segmen ini dipublish oleh areliff. Jom tengok langkah yang perlu dibuat untuk sertai segmen ini. 

1- Kena buat satu entri yang bertajuk Segmen: Kenali Komputer Ku dan letak gambar kekura comel kat atas tu kat entri serta linkkan ke entri.


2 -  Letak gambar laptop sekurang-kurangnya 1 dan selebih-lebihnya 3 .

 credit to google.com

3 - Ceritakan mengenai laptop.

- Model : Acer Aspire 4937G
- Processor :  Intel® Core™2 Duo Processor P8400 (2.26 GHz, 1066 MHz)
- Windows :  Vista® Home Premium telah diupgrade kepada  Windows 7 Ultimate
- Graphic Card : 1279MB nVidia® GeForce® G 105M TurboCache 
- Ram : 2GB DDR3 dah diupgrade ke 4GB DDR3
- Hard disk : 320GB S-ATA HDD  
- Tarikh Mula Berkhidmat : 26/3/2009 dah masuk tahun ke 2

 4 - Link entri yang sudah siap kat ruangan komen blog areliff.
 - Siap
 

Berapa pentingnya Maruah ?


Assalamualaikum.
Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan  melalui ejaan M A R U A H : 

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.
A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.
U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.
A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."   
Hadis Riwayat al-Tirmizi.