CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Kelebihan Al-Ma'thurat


Assalamualaikum.
Setiap sesuatu yang diturunkan dan diperintahkan kepada kita dari Allah s.w.t pasti ada kelebihannya tersendiri, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. 

Diantara kelebihan mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini ialah : 

1. Tidak dihampiri syaitan
 
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
 
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
 
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
 
5. Selamat dari segala sesuatu.
 
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
 
7. Allah berhak untuk meredhainya
 
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
 
9. Terhindar daripada syirik.
 
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
 
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
 
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
 
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
 
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Seperti mana firman Allah s.w.t  dalam Al-Quranul Karim:


يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).


sumber : 1 & 2


Apa itu SOPA @ "Stop Online Piracy Act"?


Assalamualaikum.
Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.






Apakah Itu SOPA
??


Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.




 
Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia??
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.



 

 Siapakah Yang Membantahnya?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).





Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.

klik >>> sini untuk baca lebih mengenai SOPA. :D

sumber : sini