CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Kronologi Kehidupan Albert Einstein

Assalamualaikum. 
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
  
1879 - Dilahirkan di Ulm, Baden-Württemberg, Jerman, lebih kurang 100 kilometer timur dari Stuttgart pada 14 Mac. 

1894 (umur 15) -  Berpindah dari Munich ke Pavia, Itali berhampiran dengan Milan, selepas kegagalan perniagaan elektrokimia ayahnya; (2) Mengarang karya saintifik pertama yang bertajuk "Penyelidikan Bentuk Gas Eter dalam Medan-medan Magnet". 

1895 (umur 16): Bergagal dalam peperiksaan kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule) di Zurich, dan kemudian dihantar oleh keluarganya ke Aarau, Switzerland untuk menghabiskan pendidikan menengahnya. 

1896 (umur 17): (1) Menerima ijazah sekolah menengah pada bulan September; (2) Menyerahkan kerakyatan Jermannya untuk mengelakkan pengerahan tentera dan terjadi seorang yang tidak bernegara. 

1900 (umur 21): Mencapai diploma perguruan dari Institut Politeknik Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule) dan diterima sebagai rakyat Switzerland. 

1902 (umur 23): (1) Menjadi penolong pemeriksa teknik (kelas ketiga) di Pejabat Paten Swiss; (2) Melahirkan seorang anak diluar nikah selepas jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary. 

1903 (umur 24): Berkahwin dengan Mileva Mariv pada 6 Januari. 

1904 (umur 25): Melahirkan anak sulungnya, Hans Albert Einstein, pada 14 Mei. 

1905 (umur 26): (1) Mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya, "Cara penentuan dimensi molekul yang baru" ("Eine neue Bestimmung der Moleküldimensionen"); (2) Mengarang empat rencana yang telah digelarkan sebagai "Kertas kerja Annus Mirabilis". 

1906 (umur 27): Dinaik pangkat sebagai pemeriksa teknik kelas kedua. 

1908 (umur 29): Diperlesenkan sebagai Privatdozent, yakni seorang guru tanpa bergaji di universiti. 

1910 (umur 31): Melahirkan anak kedua, Eduard Einstein pada 28 Julai. 

1911 (umur 32): Menjadi profesor madya di Universiti Zurich dan tidak lama kemudian, menjadi profesor sepenuh masa di Universiti Prague. 

1912 (umur 33): Berpulang ke Zurich untuk menjadi profesor di "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule). 

1914 (umur 35): (1) Menetap di Berlin sebagai profesor di Universiti Berlin dan menjadi ahli Akademi Sains Prussia serta pengarah Institut Kaiser Wilhelm bagi bidang Fizik di Berlin; (2) Mengambil kerakyatan Jerman . 

1915 (umur 36): Merumuskan Teori Relatif Am pada November. 

1919 (umur 40): (1) Membentangkan kertas pertama mengenai pengkuantitian cahaya kepada perhimpunan ahli-ahli fizik; (2) Bercerai dengan Mileva pada 14 Februari, dan berkahwin dengan Elsa Löwenthal, saudari sepupunya. 

1920 (umur 41): Menjadi profesor di Universiti Leiden sehingga 1946. 

1921 (umur 42): Dianugerahkan dengan Hadiah Nobel bagi Fizik bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik serta khidmatnya kepada Fizik Teori. 

1933 (umur 54): (1) Dituduh oleh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman (ataupun fizik Arya) selepas Adolf Hitler menjadi Canselor Jerman; (2) Melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat yang memberikannya taraf pemastautin tetap; (3) Bertugas di Institut Pendidikan Lanjutan (Institute for Advanced Study) yang terletak di Perbandaran Princeton, New Jersey. 

1939 (umur 60): Menulis surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt untuk mendesaknya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera, disebabkan ketakutan bahawa kerajaan Nazi akan mengembangkan senjata atom lebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan tentang hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran. 

1940 (umur 61): Menjadi warganegara Amerika Syarikat, walaupun masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya. 

1948 (umur 69): Menjadi ahli jawatankuasa yang menubuhkan Universiti Brandeis. 

1950 (umur 71): Memerikan Teori Umum Kegravitian melalui rencananya di "Amerika Saintifik". 

1952 (umur 73): Menolak tawaran oleh kerajaan Israel untuk menjadi Presiden yang kedua bagi negara itu. 

1953 (umur 74): Membentangkan semakan Teori Penyatuan Bidang. 

1955 (umur 76): Meninggal dunia pada 1.15 pagi, 18 April di hospital Princeton. Mayatnya dibakar di Trenton, New Jersey tanpa sebarang adat istiadat menurut hajatnya. Abu mayatnya disebar ditaburkan di lokasi yang tidak dapat dipastikan.


sumber : wikipedia