Assalamualaikum.
Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan melalui ejaan M A R U A H :
M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.
A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.
U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.
A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."
Hadis Riwayat al-Tirmizi.
8 comments:
thanks for sharing cs ^_^
maruah. sesuatu yg sgt penting utk dipelihara. :)
thanx for sharing. Nice post :D
dapat pun jawapan berkaitan maruah ni.. huhu
maruah itu sangat penting..tak kira org kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau wanita
i like this entry...
yes..!! 100% agreed....
maruah penting kot
sekali hilang, tiada ganti dah
i like this entry..
thanksss
nice entry... LIKE !! :)
jagelah diri untukmenjaga maruah keluar dan agama..huhuhu....nice sharing :D
Post a Comment