Assalamualaikum.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungan KL Gangster iaitu KL Gangster 2. Pengambaran filem ini telah dimulakan pada 1 Disember 2011 yang lalu dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Berikut merupakan sipnosis filem KL Gangster 2.
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.















