CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Pe3 - Pelan KeTiga : Sipnosis & Trailer

 Assalamualaikum..

Metrowealth (MIG), sebuah produksi filem tempatan yang sangat aktif kembali dengan sebuah lagi filem yang bergenre aksi komedi bertajuk Pe3. Filem yang ke-67 terbitan MIG ini menampilkan kembali pengarah muda yang begitu kreatif dalam pengarahan filem aksi iaitu Farid Kamil. Filem arahannya kali ini dilihat sebagai sebuah projek yang istimewa kerana setelah sekian lama beliau tidak mengarah selepas kejayaan filem Kongsi yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 8.2 juta pada 2011. 



Pe3 menampilkan Farid Kamil sebagai pelakon utama yang menjayakan filem ini selain daripada Kamal Adli, Along Eyzendy, Diana Amir, Taiyuddin Bakar dan Soya. Turut membintangi filem ini adalah bakat baru di bawah pengurusan MIG Talent iaitu Fyza Kadir. Lebih istimewa, David Teo telah muncul sebagai penampilan khas. 





PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. 





Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. 


 

 



Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya? 



sumber : Sinema Malaysia & Channel Youtube Metrowealth