CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Idea Kreatif Ku by HujanMenjerit

Assalamualaikum .. 

Idea kreatif ku merupakan satu kontest yang telah dianjurkan oleh Cik Hujan Menjerit. Kontest ini kalau tak salah telah dipublishkan dan dimulakan pada hari Sabtu 5/5/2012 dan akan berakhir pada hari ini iaitu esok bersamaan 31/5/2012 waktu tidak dapat dipastikan rasanya pukul 12 malam. 

Dah cukup panjang rasanya pendahuluan ini . Jom tengok apa syaratnya pemilihan pemenang dan hadiahnya : (Kopi & Pasta sepenuhnya dari blog Cik Hujan).

1) Hendaklah buat satu entri bertajuk "Idea Kreatifku". Idea kreatifku bermaksud sebarang idea/design  yang boleh dibuat daripada clay aka tanah liat. Sebagai contoh: as a topper (dalam gambar). Entri anda boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lukisan, doodle, or video. Boleh jenguk page N'craft   atau FB N'craft untuk produk yang dihasilkan. 

2) Dalam setiap entri harus ada banner contest ini yang di'link'kan ke sini. *penat tau buat  cik hujan buat banner tu ...*-*

3) Setiap peserta mesti 'like' page N'craft ( HERE). (lama dah rasanya like...perlu ke unlike dan like semula .. ? wakakap..)

4) Entri yang sudah siap, boleh dicopy linknya ke bahagian komen entri kontest ini.
 
5) Idea mestilah original, dan bukan dari copy and paste internet ye ^^ .

6)Kontest ni akan berakhir pada 31 Mei 2012.

Pemilihan:

Pemenang akan dipilih berdasarkan idea yang paling bernas dan masuk akal.

Hadiah: 
Pemenang utama akan mendapat :
Topper (dalam gambar) yang direkabentuk oleh pemenang tersendiri.
Harganya dalam RM50 harap maklum.


Ok sambung balik ...

http://rainyscream.blogspot.com/2012/05/contest-idea-kreatif-ku-by.html
Cukup besar tak ni ? hee...


Rasanya idea cs ini tak berapa bernas dan masuk akal mungkin . Cs tak berapa kreatif sangat nak bagi idea. Harap Cik Hujan terima ... 



Ini salah satu gambar yang cs tangkap sendiri suatu ketika dulu. Gambar ditangkap di I-City Shah Alam. Mesti menarik dan meriah kalau clay yang akan dibuat tu warna warni macam gambar kat atas ini . Mesti lama kalau nak warnakannya. Ini idea kreatif cs untuk kontest cik hujan . Anda pula bagaimana ? keh3..

Kepada yang berminat untuk turut serta kontest ini boleh klik sini ...

p/s : Gambar ini tangkap sendiri jadi jangan pandang sebelah mata kat entri ini tau cikhujan.. kui3...

Sipnosis Dan Trailer Filem X -

Assalamualaikum.

Filem X ini merupakan filem terbaru keluaran Metrowealth Production yang menceritakan tentang Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. 




Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, 



Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie.








Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. 




Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. 



 Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. 



Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. 



Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz.


Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.



Binabil Huda versi Bahasa Melayu

Assalamualaikum. 
Lagu ini merupakan salah satu lagu dimuatkan didalam album terbaru UNIC yang berjudul UNIC edisi khas (2012) yang memuatkan 10 buah lagu. Sebelum ini cs hanya pernah dengar versi penuh arab dan tidak memahami sepenuhnya maksud lagu ini. Selepas mencari maksudnya tetiba jumpa versi bahasa melayu jadi rasa ingin membuatkan lagu ini sebagai salah satu koleksi lagu dalam entri blog ini .






Lirik Binnabil Huda

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassolatu wa'alaikassalam
Wasohbika wattabi'inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi'in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi 'alal 'ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi 'alal 'ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi'ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya.


Kepada yang ingin mendengar versi bahasa arab boleh klik sini. ^_^ 

Ke Mana Roh Selepas Kematian

Assalamualaikum.
Semua tahu setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Tetapi tidak ramai yang tahu ke mana arah tuju roh selepas meninggalkan jasad kita. Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahannam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)



Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar dari jasad terus dibawa melalui 7 lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah Swt, lantas Allah berfirman:

Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah, dan kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR. Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.

 
sumber : facebook

Kronologi Kehidupan Albert Einstein

Assalamualaikum. 
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
  
1879 - Dilahirkan di Ulm, Baden-Württemberg, Jerman, lebih kurang 100 kilometer timur dari Stuttgart pada 14 Mac. 

1894 (umur 15) -  Berpindah dari Munich ke Pavia, Itali berhampiran dengan Milan, selepas kegagalan perniagaan elektrokimia ayahnya; (2) Mengarang karya saintifik pertama yang bertajuk "Penyelidikan Bentuk Gas Eter dalam Medan-medan Magnet". 

1895 (umur 16): Bergagal dalam peperiksaan kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule) di Zurich, dan kemudian dihantar oleh keluarganya ke Aarau, Switzerland untuk menghabiskan pendidikan menengahnya. 

1896 (umur 17): (1) Menerima ijazah sekolah menengah pada bulan September; (2) Menyerahkan kerakyatan Jermannya untuk mengelakkan pengerahan tentera dan terjadi seorang yang tidak bernegara. 

1900 (umur 21): Mencapai diploma perguruan dari Institut Politeknik Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule) dan diterima sebagai rakyat Switzerland. 

1902 (umur 23): (1) Menjadi penolong pemeriksa teknik (kelas ketiga) di Pejabat Paten Swiss; (2) Melahirkan seorang anak diluar nikah selepas jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary. 

1903 (umur 24): Berkahwin dengan Mileva Mariv pada 6 Januari. 

1904 (umur 25): Melahirkan anak sulungnya, Hans Albert Einstein, pada 14 Mei. 

1905 (umur 26): (1) Mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya, "Cara penentuan dimensi molekul yang baru" ("Eine neue Bestimmung der Moleküldimensionen"); (2) Mengarang empat rencana yang telah digelarkan sebagai "Kertas kerja Annus Mirabilis". 

1906 (umur 27): Dinaik pangkat sebagai pemeriksa teknik kelas kedua. 

1908 (umur 29): Diperlesenkan sebagai Privatdozent, yakni seorang guru tanpa bergaji di universiti. 

1910 (umur 31): Melahirkan anak kedua, Eduard Einstein pada 28 Julai. 

1911 (umur 32): Menjadi profesor madya di Universiti Zurich dan tidak lama kemudian, menjadi profesor sepenuh masa di Universiti Prague. 

1912 (umur 33): Berpulang ke Zurich untuk menjadi profesor di "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule). 

1914 (umur 35): (1) Menetap di Berlin sebagai profesor di Universiti Berlin dan menjadi ahli Akademi Sains Prussia serta pengarah Institut Kaiser Wilhelm bagi bidang Fizik di Berlin; (2) Mengambil kerakyatan Jerman . 

1915 (umur 36): Merumuskan Teori Relatif Am pada November. 

1919 (umur 40): (1) Membentangkan kertas pertama mengenai pengkuantitian cahaya kepada perhimpunan ahli-ahli fizik; (2) Bercerai dengan Mileva pada 14 Februari, dan berkahwin dengan Elsa Löwenthal, saudari sepupunya. 

1920 (umur 41): Menjadi profesor di Universiti Leiden sehingga 1946. 

1921 (umur 42): Dianugerahkan dengan Hadiah Nobel bagi Fizik bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik serta khidmatnya kepada Fizik Teori. 

1933 (umur 54): (1) Dituduh oleh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman (ataupun fizik Arya) selepas Adolf Hitler menjadi Canselor Jerman; (2) Melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat yang memberikannya taraf pemastautin tetap; (3) Bertugas di Institut Pendidikan Lanjutan (Institute for Advanced Study) yang terletak di Perbandaran Princeton, New Jersey. 

1939 (umur 60): Menulis surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt untuk mendesaknya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera, disebabkan ketakutan bahawa kerajaan Nazi akan mengembangkan senjata atom lebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan tentang hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran. 

1940 (umur 61): Menjadi warganegara Amerika Syarikat, walaupun masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya. 

1948 (umur 69): Menjadi ahli jawatankuasa yang menubuhkan Universiti Brandeis. 

1950 (umur 71): Memerikan Teori Umum Kegravitian melalui rencananya di "Amerika Saintifik". 

1952 (umur 73): Menolak tawaran oleh kerajaan Israel untuk menjadi Presiden yang kedua bagi negara itu. 

1953 (umur 74): Membentangkan semakan Teori Penyatuan Bidang. 

1955 (umur 76): Meninggal dunia pada 1.15 pagi, 18 April di hospital Princeton. Mayatnya dibakar di Trenton, New Jersey tanpa sebarang adat istiadat menurut hajatnya. Abu mayatnya disebar ditaburkan di lokasi yang tidak dapat dipastikan.


sumber : wikipedia

Kelebihan Al-Ma'thurat


Assalamualaikum.
Setiap sesuatu yang diturunkan dan diperintahkan kepada kita dari Allah s.w.t pasti ada kelebihannya tersendiri, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. 

Diantara kelebihan mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini ialah : 

1. Tidak dihampiri syaitan
 
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
 
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
 
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
 
5. Selamat dari segala sesuatu.
 
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
 
7. Allah berhak untuk meredhainya
 
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
 
9. Terhindar daripada syirik.
 
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
 
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
 
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
 
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
 
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Seperti mana firman Allah s.w.t  dalam Al-Quranul Karim:


يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).


sumber : 1 & 2


Apa itu SOPA @ "Stop Online Piracy Act"?


Assalamualaikum.
Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.






Apakah Itu SOPA
??


Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.




 
Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia??
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.



 

 Siapakah Yang Membantahnya?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).





Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.

klik >>> sini untuk baca lebih mengenai SOPA. :D

sumber : sini