Assalamualaikum.
Cicak merupakan sejenis reptilia
yang berdarah sejuk dan bertelur. Apa sebenarnya hukum membunuh cicak
ni? Sebenarnya membunuh binatang seperti cicak hukumnya adalah sunat di
sisi syarak. Terdapat beberapa hadith sahih yang ingin dikongsikan
disini mengenai hukum membunuh binatang seperti cicak. Para ulama
seperti Imam Nawawi ada menyatakan dan menjelaskan mengenai perkara ini
di dalam kitabnya Riyad as-Salihin.
Perkara
ini juga bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah S.A.W. Di
antaranya hadis yang digunapakai dan dijadikan hujjah oleh para ulama
ialah:
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud: Cicak itu meniup (untuk menyemarakkan) api
yang membakar Nabi Ibrahim A.S. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Boleh
juga merujuk kitab Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Khatir yang
turut menjelaskan perihal ini.
Abdul
Razak menceritakan daripada bapanya bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh
membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai: Pembuat
kerosakan. (Riwayat Muslim).
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan
yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang
membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang
kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang
ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang
kedua. (Riwayat Muslim).
Untuk pengetahuan terdapat lebih kurang 3800 spesis cicak didunia. Jadi spesis yang manakah yang dikatakan sunat untuk dibunuh tak kan nak bunuh semua??
Imam As-Suyuti menyebutkan didalam kitab “al Asbah an Nazhoir” bahawa binatang-binatang itu terbahagi kepada empat :
1. Binatang yang didalamnya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh dibunuh.
2.
Binatang yang mengandungi bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka
dianjurkan untuk dibunuh seperti : ular dan binatang-binatang yang
berbahaya.
3.
Binatang yang mengandungi manfaat didalamnya dari satu bahagian namun
berbahaya dari bahagian lain seperti : burung helang maka tidak
dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya.
4.
Binatang yang tidak mengandungi manfaat didalamnya dan tidak pula
berbahaya, seperti : ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah
diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya. (Al Asbah an
Nazoir juz II hal 336)
Sumber : Hukum Membunuh Binatang dan komuniti iluvislam
4 comments:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua. (Riwayat Muslim).
eyhh saje copy paste...=p hihihi.....nice info
CS, tau x hukum bunuh labah2 kat rumah yg kecik2 pulak?
Tak elok di bunuh ke eh?
Sebab ada sirah dulu yg dia tolong nabi, kontra dgn cicak yg betray nabi..?
Harm dia hanya membuatkn rumah bersawang.. so..?
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
Post a Comment