CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Berapa pentingnya Maruah ?


Assalamualaikum.
Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan  melalui ejaan M A R U A H : 

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.
A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.
U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.
A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."   
Hadis Riwayat al-Tirmizi.


Old Name New Blog

Assalamualaikum.
Perasan tak sejak kebelakangan ini banyak kita dengar mengenai blog kena delete dengan pihak blogger.com. Blog cs tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada kes ini. Pada mulanya ingatkan benda ini cuma akan berlarutan selama 2-3 hari sebab ada blog yang berjaya recover tapi malangnya tak recover langsung.


Blog tu dilabelkan sebagai blog spam mungkin sebab tu tak dapat nak recover balik. Salah satu kemungkinan yang membuatkan blog tu dilabelkan sebagai spam ialah sebab tinggalkan link pada ruang komen entri blog lain. Ini cuma salah satu dari kemungkinan saja.

p/s : bajet tulis tajuk dalam BI padahal entri dalam Bm..

Scan Gangguan Jin dalam diri

Assalamualaikum.
Jin merupakan salah satu daripada ciptaan Allah s.w.t. Aku pun baru tau yang kita sebenarnya boleh scan sama ada dalam diri kita ni ada penghuni lain selain roh kita. Jadi apa salahnya berkongsi ilmu yang ini kepada orang lain. Biasanya sewaktu orang kena rasuk atau disampuk oleh jin atau syaitan perawat biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Cara untuk scan diri sama ada jin berada dalam badan kita atau tidak adalah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah iaitu jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim .

Senarai ayat ruqyah ialah :

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Antara anda-tanda diri anda dihuni Jin ialah
- Denyutan jantung makin kencang
- Badan begegar
- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
- Mengantuk/menguap
- Batuk
- Gelisah
- panas di tengkuk

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika ada yang  baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal.