CeritaSekupang

The Other Story Of CeritaSekupang

Panduan Memulangkan Dan Menunaikan Wang Pendahuluan PTPTN

Assalamualaikum. 
Pelajar yang menerima wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun tidak berminat untuk menerima pinjaman tersebut boleh memulangkan kembali wang itu, kata Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said.


Beliau berkata, wang pendahuluan berjumlah RM1,500 dihantar melalui cek kepada pelajar-pelajar terpilih bertujuan membantu mereka yang pertama kali ditawarkan ke institusi pengajian tinggi dan kurang berkemampuan.

“Jika ada antara mereka yang tidak memerlukan pinjaman itu tetapi menerima wang pendahuluan berkenaan, mereka boleh pulangkan kembali cek tersebut, atau mengabaikan sahaja kerana cek tersebut hanya sah dalam tempoh sebulan,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.




Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan terdapat pelajar yang menerima wang pendahuluan berkenaan walaupun tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan pembiayaan tersebut.

Bagaimanapun katanya, jika pelajar berkenaan memasukkan cek tersebut ke dalam akaun mereka, maka mereka dianggap menerima wang pendahuluan itu.- Bernama


Manakala kepada yang dapat WPP dan ingin menunaikan wang tersebut anda boleh tunaikannya dibank CIMB berdekatan dengan membawa waran berkenaan. Anda akan dicas rm2 sebagai bayaran pemprosesan dan anda akan mendapat wang tunai pada masa yang sama. 

sumber : Utusan Online

I Love My Blog | Contest by Si Pejuang Cinta


Assalamualaikum.


Saya Sayang Blog Saya itulah tajuk yang dipilih oleh Pejuang Cinta untuk membuat kontest pertamanya tetapi ini bukan kali pertama cs ikut serta dalam kontest. Walaupun sebelum ini tidak pernah ada rezeki untuk cs menang tetapi cs tidak putus asa. Jadi berbalik kepada kontest ini kenapa cs sayang blog cs? Sebab dari blog ini cs dapat belajar banyak perkara dan kawan.

Dengan blog ini juga cs dapat isi masa lapang yang ada dengan menulis dan saling berkongsi perkara yang mungkin tidak dapat dipelajari ditempat lain. Selain itu blog juga yang menemukan cs dengan bcr yang paling banyak cs habiskan masa luang cs sekarang. Rasanya masih tak cukup untuk menang dan direview blog ini tapi kalau menaip panjang-panjang pun merapu tidak berguna juga. :D

Kepada yang berminat untuk join kontest ini boleh klik sini dan banner diatas...


Sinopsis KL Gangster 2

Assalamualaikum.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungan KL Gangster iaitu KL Gangster 2. Pengambaran filem ini telah dimulakan pada 1 Disember 2011 yang lalu dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Berikut merupakan sipnosis filem KL Gangster 2.

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.


Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
sumber: sini